Sembilan sekolah sertai kejohanan badminton

Sembilan sekolah sertai kejohanan badminton

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mei – Awang Muhammad Haziq bin Noor Azwan Affandy dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan tampil juara dalam acara perseorangan lelaki Kategori B dalam Kejohanan Badminton Antara Sekolah-sekolah Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Kompleks Sukan Sekolah Sukan, Berakas, hari ini.

Sementara itu di tempat kedua pula disandang oleh Malek Acho Anak Boniface dari Sekolah Menengah (SM) Berakas dan Awang Akmal bin Bujang dari SM Rimba meraih tempat ketiga.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Timbalan Pengarah Jabatan Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan, Awang Nudin bin Haji Mohammad.

Dalam kategori berlainan, Dayang Nuriswani Izzatul Nabillah binti Mohd Amirul dari SM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna muncul juara dalam Kategori Wanita, diikuti oleh Dayang Amanina Batul Hanania binti Haji Jeferidin dari SM Sayidina Abu Bakar di tempat kedua dan tempat ketiga disandang Dayang Siti Ayuni Asyura binti Hamdi dari SM PDSM Mentiri.

Dalam Acara Regu Lelaki Berpasukan pula Pasukan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan tampil juara apabila pasangan Muhammad Faqih bin Awang Mohammad dan Muhammad Syakir bin Haji Yakub menewaskan pasangan dari SM Lambak Kiri, Muhammad Fadil Zakwan bin Awang Faizal dan Muhammad Faiz Syazani bin Muhammad Saliha berada di tempat kedua diikuti oleh pasangan dari SM Sayidina Abu Bakar, Mohd Shahrum bin Musa dan Ryan Shahiran bin Mohd Yussof di tempat ketiga.

Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

Pasangan Azura binti Abdul Rahman dan Nor Ejany binti Emran dari SM Rimba pula tampil juara dalam regu berpasukan Kategori B meninggalkan saingan rapatnya dari SM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Rafiqah Nasibah binti Rodglan dan Nur Atikah binti Mohd Ali di tempat kedua diikuti pasangan SM PDSM Mentiri, Siti Ayuni Hamizah binti Hamdi dan Nurul Hetty Shamimie binti Daim di tempat ketiga.

Dalam Katgeroi C pula, Pasangan lelaki Pusat Tingkatan Enam Meragang, Afiq Wafiyuddin bin Suhaimi dan Hoffman Tan Nge Ee tampil juara, diikuti oleh pasangan SM Sayidina Abu Bakar di tempat kedua diwakili oleh pasangan Haji Mohd Fatin Faiz bin Mohd Firdaus Laaw dan Mohd Khairul Anwar bin Ahmad dan pasangan Mohd Faqih Fadillah bin Mohd Remmey dan Awangku Amiruddin bin Pengiran Muzidan dari Sekolah Menengah Berakas berada di tempat ketiga.

Dalam bahagian perempuan pula pasangan Siti Aminur Kayah binti Adimin dan Nur Hana Natasha binti Norhalizan daripada SM Sayidina Abu Bakar tampil juara apabila menewaskan pasangan SM PDSM Mentiri, Siti Nur Rabiatul Adawiyah binti Shahrul Khushairi dan Azimah binti Kazi Kamrul Hassan di tempat kedua dan di tempat ketiga disandang pasangan SM Berakas, Hing Wil Wei @ Shirley dan Norandiayati binti Abdullah

Perseorangan lelaki Kategori C pula dimenangi oleh pemain Sekolah Menengah Lambak Kiri, Mohd Sharizam bin Mohd Arrifin menewaskan pemain daripada SM PDSM Mentiri Mohd Abd Hafiz bin Awang Rosli di tempat kedua dan pemain Sekolah Menengah Sayidina Abu Bakar, Haji Mohd Zulazmi bin Suhardy di tempat ketiga.

Sebanyak sembilan sekolah dari Zon II dan pusat tingkatan enam terlibat dalam kejohanan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kumpulan B (bawah 15 tahun) dan Kategori D (bawah 18 tahun) dalam acara Perseorangan dan berpasukan lelaki dan perempuan. Kejohanan kali ini dihoskan oleh Sekolah Menengah Lambak Kiri.

ARTIKEL YANG SAMA