Sembilan terkorban dalam runtuhan masjid

Sembilan terkorban dalam runtuhan masjid

MOGADISHU, 1 Mei (AFP) – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan puluhan lainnya tercedera apabila sebuah masjid yang mereka bina di Somalia runtuh, menurut seorang penduduk kelmarin.

Lebih daripada 100 orang membantu mencurahkan asas konkrit pada masjid itu di Daerah Garasballey berhampiran ibu negeri Mogadishu baru-baru ini apabila struktur itu tiba-tiba roboh, meninggalkan beberapa terperangkap di bawah runtuhan.

Imam masjid berkenaan, Sheikh Mohamed Hashi, berkata kira-kira 30 orang mengalami kecederaan.

“Sembilan mayat berjaya dikeluarkan di bawah runtuh bangunan, beberapa daripadanya meninggal akibat kelemasan, dan yang lainnya dipercayai terkena runtuhan dinding,” ujar seorang saksi Ali Muhidin.