Semenya raih emas 800m wanita

Semenya raih emas 800m wanita

RIO DE JANEIRO, 21 Ogos – Pelari kontroversi Afrika Selatan, Caster Semenya menampilkan larian pecut mengagumkan untuk mengesahkan pingat emas Olimpik dalam acara 800 meter (m) wanita, pagi tadi.

Kemenangan itu diraih selepas empat tahun dia dinafikan emas oleh atlet Russia, Mariya Savinova yang selepas itu dipalit isu doping.

Atlet berusia 25 tahun itu sekadar meraih perak di London 2012 mula memecut ketika berbaki 150m perlumbaan dan melintasi garisan penamat 1.20 saat (s) lebih pantas di depan pemenang tempat kedua.

Semenya melakukan catatan 1 minit 55.28s pada aksi di Stadium Olimpik itu dengan perak menjadi miliki pelari Burundi, Francine Niyonsaba (1:56.49s) manakala Margaret Wambui dari Kenya memenangi gangsa dengan catatan 1:56.89s.

pg24_160822_olympic logo

Semenya meraikan kemenangan pingat emas beliau dalam acara 800 meter wanita semasa penyampaian pingat di Stadium Olimpik di Rio de Jeneiro Brazil. – AP
Semenya meraikan kemenangan pingat emas beliau dalam acara 800 meter wanita semasa penyampaian pingat di Stadium Olimpik di Rio de Jeneiro Brazil. – AP

“Saya sudah biasa menjadi pelari pecut, saya berlari dalam acara 100m, 200m di sekolah tinggi,” kata Semenya selepas lariannya.

“Ia perlumbaan yang menakjubkan. Jelas hanya akan ada satu pemenang dan ia menjadi penamat yang baik bagi saya. Ia tidak berkaitan dengan perlumbaan yang pantas, ia mengenai perlumbaan yang baik.”

Semenya menjadi tumpuan konAtroversi sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan keadaan badan semula jadinya yang menghidapi hyperandrogenism yang menyebabkan pertumbuhan luar biasa tahap testosterone. Pencabar lain dalam acara terbabit mahu pihak berku-asa mengubah kembali peraturan mengenai tahap testosterone bagi membenarkan seseorang atlet itu untuk bertanding. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA