Seminar hartanah di Hotel Radisson

Seminar hartanah di Hotel Radisson

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jan – Selama dua hari, hingga hari ini, Inspire Living telah menghoskan Pameran dan Seminar Hartanah Iskandar Malaysia yang berlangsung di Hotel Radisson, di ibu negara.

Pameran dan seminar berkenaan telah mengetengahkan Avira Garden Terraces yang terletak di koridor ekonomi Iskandar Malaysia, Johor.

Hari ini, seminar telah dibahagikan kepada dua topik dengan yang pertama telah disampaikan oleh Pengasas Bersama Alpha Marketing dan penulis buku ‘What’s the Big Deal with Iskandar Malaysia’, Ryan Khoo.

Beliau telah menyentuh mengenai ekonomi Iskandar dan latar belakang Iskandar Malaysia serta mengenai kereta api berkelajuan tinggi di antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Menurut beliau, Iskandar Malaysia bersedia untuk menjadi kawasan paling maju di Selatan Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Johor yang mempunyai posisi strategik pada laluan perkapalan.

Antara yang hadir pada seminar tersebut.
Antara yang hadir pada seminar tersebut.
Ryan Khoo ketika menyampaikan topik pertama pada seminar tersebut.
Ryan Khoo ketika menyampaikan topik pertama pada seminar tersebut.

Selain itu, Iskandar Malaysia yang mempunyai keluasan 2,217 kilometer persegi menawarkan kawasan tanah yang luas pada harga kompetitif dengan menampilkan enam sektor pembangunan iaitu kreatif, pendidikan, penjagaan kesihatan, penasihat kewangan, logistik dan pelancongan.

Manakala itu, tajuk kedua pula telah disampaikan oleh Sunita S. Sothi dari Syarikat Zaid Ibrahim & Co di mana beliau membincangkan mengenai hartanah di Medini, Iskandar Malaysia.

Semasa seminar itu, para pelabur hartanah juga diberikan jaminan bahawa Avira diketuai oleh pemaju yang bereputasi baik iaitu Eastern & Oriental Berhad (E & O), dengan kerjasama Pulau Indah Ventures Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama antara Malaysia Khazanah Nasional Berhad dan Singapura Temasek Holdings Private Limited

Dalam acara dua hari itu, pameran hartanah telah diadakan dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang manakala seminar telah diadakan pada jam 1:30 petang sehingga 5 petang.

ARTIKEL YANG SAMA