Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – D-Link yang merupakan pengeluar penyelesaian rangkaian (networking solutions) terbesar di rantau ini mengadakan seminar dan latihan Small Medium Business Solution untuk rakan kongsi tempatan dengan sokongan Concepts Computer.
Seminar dan latihan yang berlangsung di Brilliance Hall, Kiulap selama dua jam itu disampaikan oleh Perkhidmatan Rangkaian D-Link, Teu Jing Jie dan dibantu oleh Pengurus Saluran D-Link dan in charge bagi Negara Brunei Darussalam, Darren Ng yang juga telah mengadakan seminar dan latihan seumpama ini pada awal tahun ini.
Dengan sokongan Concepts Computer, seminar dan latihan ini merangkumi semua rangkaian produk D-Link SMB Solution yang disediakan untuk rakan kongsi di negara ini.
Di samping itu, ia juga meliputi pengenalan dan penggunaan asas supaya ia lebih mudah untuk rakan kongsi tempatan dalam membantu pelanggan yang berpotensi di negara ini.

Produk yang diperkenalkan pada seminar itu ialah IP Surveillance Solutions, Unified Wireless Solutions and Switches Solutions.
Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Awang Zul Abdul Rahman pula menjelaskan, latihan yang disediakan oleh D-Link untuk rakan kongsi tempatan diharap dapat memberikan perkhidmatan produk yang lebih baik untuk pelanggan yang berpotensi di negara ini.
“Selain dengan penyelesaian peniaga kecil dan sederhana yang disediakan oleh D-Link dan latihan percuma kepada rakan kongsi ini, D-Link juga dapat memberi kesan yang besar dalam pasaran Brunei,” tambahnya.