Seminar Pengajian Undang-undang 27 April ini

Seminar Pengajian Undang-undang 27 April ini

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 April – Syarikat Agensi Perkhidmatan Pendidikan, Findlay (B) Sdn Bhd akan mengadakan Seminar Pengajian Undang-undang Universiti Queen’s Belfast yang akan diadakan di premisnya di sini pada 27 April ini.

Seminar yang bermula pada pukul 2 hingga 3 petang itu akan dikendalikan oleh Ketua Sekolah Undang-undang Universiti Queen’s Belfast, Profesor Sally Wheeler, yang juga akan memberi penerangan dan menjawab persoalan-persoalan berkaitan dengan pengajian undang-undang dan universiti berkenaan. Dalam kenyataannya hari ini, Findlay berkata, Universiti Queen’s Belfast merupakan anggota elit Kumpulan Russel dan universiti kesembilan tertua di United Kingdom (UK) dengan jurusan undang-undang adalah antara 25 jurusan yang berada di tangga 20 terbaik di UK.

Selain single honours dalam LLB, terdapat juga program kursus peringkat mahasiswa yang menggabungkan kursus undang-undang dengan kursus lain, di samping kursus lepasan ijazah lainnya seperti kriminologi, pentadbiran dan perdagangan antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA