Seminar ‘Pengenalan kepada 5S: Metodolgi dan Kesedaran’

Seminar ‘Pengenalan kepada 5S: Metodolgi dan Kesedaran’

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-30 di Brunei, Readymix telah mengadakan seminar mengenai ‘Pengenalan kepada 5S: Metodologi & Kesedaran’ yang berlangsung di Bilik Senat, Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, seminar sehari itu telah dihadiri oleh lebih 120 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Readymix, para pelanggan, jurutera, arkitek dan perwakilan daripada pihak berkuasa tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Readymix, Nick dalam ucapan alu-aluannya berkata, sebagai perintis industri konkrit tersedia campur di Brunei, syarikat berkenaan telah mengharungi pelbagai cabaran ekonomi tempatan.

Menurutnya, dalam tempoh 30 tahun sejak memulakan penghantaran pertama, Readymix telah mencatatkan banyak kejayaan dan akan terus memulakan usaha baru.

Untuk menjadi model peranan, ujarnya, Readymix akan terus mengukuhkan nilai-nilainya iaitu penambahbaikan berterusan, justeru itu syarikat ingin untuk mengongsi amalan-amalan terbaik 5S kepada rakan-rakan perniagaannya.

Gambar ramai peserta yang mengikuti seminar tersebut.
Gambar ramai peserta yang mengikuti seminar tersebut.

Seminar berkenaan menampilkan penceramah dari Malaysia iaitu pelatih HRDC berkelayakan, Lee Soong Yee.

Menurut kenyataan berkenaan, 5S adalah nama metode pengurusan tempat kerja yang menggunakan senarai lima perkataan Jepun: Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, dan Shitsuke

Ia merupakan pendekatan berstruktur untuk membersihkan, menguruskan, menstandardkan, mewujudkan kecekapan daripada membazir dan mengekalkan pembaikan yang dibuat di tempat kerja.

Berdasarkan set prinsip yang mudah, ia tidak hanya membantu mengenal pasti pembaziran di tempat kerja malahan mewujudkan persekitaran di mana pasukan-pasukan terlibat dalam pembaikan. Ia merupakan satu pergerakan untuk memastikan semua elemen ‘sistem tempat kerja’ berfungsi dalam harmoni bagi membolehkan pasukan-pasukan memberikan prestasi paling optimum.

ARTIKEL YANG SAMA