Sempadan China-Korea U bergegar akibat ujian nuklear

Sempadan China-Korea U bergegar akibat ujian nuklear

BEIJING, 6 Jan – Penduduk di sempadan China telah dipindahkan dari bangunan-bangunan selepas merasai gegaran daripada ujian nuklear Korea Utara hari ini, lapor media kerajaan.

Orang ramai berhampiran sempadan dengan Korea Utara ‘jelasnya merasai gegaran’ pada pagi hari ini apabila Pyongyang mengatakan ia telah meletupkan bom hidrogen, menurut penyiaran negara China Central Television (CCTV) dalam akaun media sosial yang disahkan.

Kawasan di sempadan termasuk Yanji, Hunchun dan Changbai di wilayah Jilin, tambahnya – beberapa mukim yang dekat dengan tapak ujian nuklear Korea Utara.

Para penduduk di Yanji menyaksikan meja-meja dan kerusi bergoyang selama beberapa saat dan beberapa buat syarikat mengosongkan para pekerja mereka dari pejabat, menurut CCTV.

Para pelajar di sekolah menengah tinggi telah diarahkan keluar semasa pemeriksaan selepas lapangan rekreasinya merekah, tambahnya.

Kementerian luar negeri China hari ini mengatakan pihak berkuasa sedang menilai impak alam sekitar selepas ujian nuklear, menambah pada masa ini tahap radiasi di kawasan itu adalah ‘normal’.

Pemantauan para pegawai Alam Sekitar menunjukkan berada di tahap normal, jurucakap kementerian luar negeri, Hua Chunying memberitahu taklimat biasa, ‘sejauh ini ujian nuklear itu tidak memberi impak atas kesihatan dan orang awam.’

ARTIKEL YANG SAMA