Semporna baka...

Semporna bakal miliki pusat pengajian Al-Quran

SEMPORNA, 8 Jan – Semporna bakal memiliki sebuah pusat pengajian Al-Quran yang dijangka beroperasi tahun ini sebagai permulaan ke arah pembangunan pendidikan tahfiz di daerah itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya Datuk Ramlee Marahaban berkata penubuhan pusat itu bertujuan menggalakkan penduduk beragama Islam di Semporna memperkasakan pendidikan Al-Quran mereka.

“Saya yakin pembukaan pusat ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat,” katanya selepas merasmikan majlis khatam Al-Quran golongan asnaf peringkat Semporna, di sini hari ini.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan berkata pusat itu yang akan dibuka di Asrama Yayasan Sabah kini dalam peringkat akhir ubah suai. Katanya untuk peringkat awal hanya sejumlah kecil penuntut disasar sebelum dikembangkan sebagai sekolah tahfiz. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA