Sempurna 10 buat England

Sempurna 10 buat England

VILNIUS, 13 Okt – England mencatatkan 10 kemenangan sempurna daripada 10 aksi kempen kelayakan Euro 2016 untuk layak ke Perancis tahun depan dengan aksi terakhir menewaskan Lithuania 3-0, semalam.

Skuad kendalian Roy Hodgson menyusahkan kempen kelayakan kali ini dengan memberangsangkan apabila mencatat rekod kemenangan 100 peratus.

Meskipun membawa skuad yang di bawah keupayaan sebenar, England tetap bergaya dengan melakukan jaringan menerusi pemain tengah Everton, Ross Barkley di Stadium LFF pada minit ke-29.

Pemain England, Ross Barkley cuba disaingi pemain Lithuania, Mindaugas Panka ketika merembat masuk gol di Stadium LFF di Vilnius pada 12 Oktober 2015. – AFP
Pemain England, Ross Barkley cuba disaingi pemain Lithuania, Mindaugas Panka ketika merembat masuk gol di Stadium LFF di Vilnius pada 12 Oktober 2015. – AFP

Tampanan bola oleh penjaga gol Lithuania, Giedrius Arlauskis bagi gagal menepis rembatan kencang Harry Kane menyaksikan ia mencecah jaring sendiri pada minit ke-35 dengan England selesa mendahului 2-0 pada tamat separuh masa pertama.

England meraikan kecemerlangan di gelanggang lawan apabila pemain tengah Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain menyumbat masuk gol ketiga pada minit ke-62. – AFP