Semua agensi mesti siap sedia

Semua agensi mesti siap sedia

KOTA KINABALU, 16 Jun (Bernama) – Semua Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah dan pegawai daerah diarah supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bencana alam termasuk banjir lumpur, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata, semua agensi berkenaan perlu melaksanakan arahan berkenaan dan segera bertindak sekiranya berlaku bencana seperti banjir lumpur yang berlaku petang semalam di Ranau, Kota Belud dan Tuaran.

“Saya telah meminta semua pengawai daerah dan pengerusi bencana daerah bersama jawatankuasanya dan agensi-agensi yang terlibat untuk membantu penduduk yang terjejas akibat banjir lumpur, tanah runtuh dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian anugerah biasiswa cemerlang negeri siri ke-26 di sini, hari ini.

Katanya, tindakan pantas perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan penduduk yang terjejas akibat bencana terjamin.