Semua jemaah At-Taqwa Travel selamat

Semua jemaah At-Taqwa Travel selamat

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai Berikutan kejadian letupan di Madinah semalam, Pengurus Besar Syarikat At-Taqwa Travel Tours telah memberi jaminan bahawa semua jemaah yang mengambil perkhidmatan At-Taqwa Travel Tours selamat dan dalam keadaan yang baik.

Ketika ditemui pihak Media Permata di ibu pejabat syarikat berkenaan, hari ini, Awangku Mohd Naasiruddeen bin Pengiran Haji Yusoff (gambar bawah) menjelaskan, rombongan yang berada di tanah suci Arab Saudi ialah seramai 22 orang jemaah Brunei melalui At-Taqwa Travel Tours dan pada masa ini hanya enam orang jemaah yang baru berada di Madinah dan selebihnya telah menuju ke Mekah bagi meneruskan mengerjakan umrah.

Menurut beliau, semasa kejadian letupan itu berlaku, satu rombongan telah mendengar bunyi letupan semasa waktu berbuka puasa dan “alhamdulillah, ahli-ahli jemaah daripada rombongan pada masa itu tidak berada berhampiran di kawasan kejadian letupan,” ujarnya.

Pihak At-Taqwa, tambah beliau, telah bertindak dengan cepat untuk membuat pengesahan dan berhubung terus de-ngan setiap ahli jemaah yang ada untuk memastikan bahawa mereka dalam keadaan selamat.

p03-3_20160706

Beliau menjelaskan, untuk pakej At-Taqwa, mereka ada menyediakan insurans bagi setiap pelanggan jika sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Pihak At-Taqwa akan sentiasa bersiap sedia untuk memenuhi segala keperluan jemaah-jemaah yang mengikuti pakej At-Taqwa,” ujarnya lagi.