Semua kaunter TAP ditutup Sabtu ini

Semua kaunter TAP ditutup Sabtu ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Semua kaunter perkhidmatan Tabung Amanah Pekerja (TAP) akan ditutup pada Sabtu, 15 Ogos ini.

TAP dalam satu kenyataan di sini berkata, kesemua kaunter perkhidmatan TAP akan kembali beroperasi pada Isnin, 17 Ogos.

Kenyataan itu berkata, tarikh pembayaran caruman TAP dan SCP bagi bulan Julai 2015 ialah pada 13 Ogos bagi cawangan Kuala Belait, Tutong, Temburong dan Yayasan. Manakala bagi cawangan Ibu Pejabat adalah pada 14 Ogos.

Majikan dan ahli yang telah mendaftar sebagai pengguna e-Amanah, masih boleh membuat pembayaran melalui laman sesawang TAP www.tap.com.bn. Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat dengan menghubungi talian 2382800.

ARTIKEL YANG SAMA