Semua mangsa berjaya dipindah

Semua mangsa berjaya dipindah

SENTANI, 20 Ogos – Pusat operasi bagi mencari dan memindah mangsa-mangsa terhempas pesawat Trigana ATR 42 berkata kelmarin semua mayat penumpang telah berjaya dipindahkan dari kawasan nahas.

Sejumlah 50 mayat tiba di pusat operasi, di sini pagi ini, diangkut oleh dua pesawat Trigana ATR 42 dan sebuah helikopter Mi-17, menurut pusat operasi itu.

Beberapa buah ambulans telah diaturkan bagi memindahkan mayat-mayat tersebut ke hospital Bhayangkara untuk mengenal pasti dengan lebih lanjut.

Pasukan mencari Indonesia berupaya untuk mencari dan menjumpai para penumpang, anak-anak kapal dan sebuah kotak hitam pesawat itu dua hari selepas pesawat itu dilaporkan hilang hubungan ketika penerbangannya dari Sentani menuju Oksibil di kawasan pergunungan Papua petang Ahad lalu.

Perakam Suara Kokpit (CVR) yang dijumpai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara untuk penyiasatan lanjut.

Para pekerja penyelamat dalam usaha memindahkan mangsa nahas dari tempat terhempas. – Reuters
Para pekerja penyelamat dalam usaha memindahkan mangsa nahas dari tempat terhempas. – Reuters

Pencarian bagi Perakam Data Penerbangan (FDR) masih berjalan.

“Pagi (khamis) ini 20 pencari daripada Agensi Mencari dan Menyelamat Negara pergi ke lokasi terhempas untuk mencari FDR itu,” Komander Operasi pangkalan Tentera Udara Sentani Leftenan Kolonel Herry Purwanto memberitahu Xinhua di pusat operasi.

FDR dan CVR, lazimnya dikenali sebagai kotak hitam, Pesawat Trigana melanggar lereng gunung berdekatan daerah destinasinya Oksibil, mengorbankan kesemua penumpang. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA