Semua mata pa...

Semua mata pada Tillerson di G20

BONN, 16 Feb – Setiausaha Negara AS Rex Tillerson hari ini akan membuat kemunculan pertama diplomatiknya pada perhimpunan G20 di Jerman, yang mana rakan sejawatnya berharap akan mengetahui apakah maksud ‘America First’ bagi seluruh dunia.

Negara tuan rumah, Jerman telah menganggap rundingan dua hari itu sebagai peluang bagi kelab ekonomi-ekonomi utama untuk membincangkan bagaimana untuk bekerjasama menghadapi cabaran, dari perubahan iklim hinggalah perang Syria pada ketika pergolakan geopolitik.

Namun tumpuan semua pada diplomat tertinggi Amerika itu, yang perjalanan sulungnya ke Eropah akan membawanya untuk bersemuka dengan sekutu-sekutu yang mencari jaminan semula bahawa Presiden Donald Trump tidak akan mengubah dasar luar AS yang berdekad-dekad lamanya di sebalik kempen retorik beliau.

Tillerson yang juga akan kali pertama duduk berunding Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov di Bonn, rundingan yang akan secara dekat diperhatikan untuk mengetahui sebarang bayangan pemulihan hubungan baik ketika kontroversi berlegar berhubung hubungan Rumah Putih dengan Kremlin.

Kedua-dua mereka itu akan membincangkan hubungan dua hala, yang akan telah ditamatkan oleh pentadbiran sebelumnya, menurut jurucakap wanita kementerian luar Rusia.

Rex Tillerson bersama rakan sejawatnya pada perhimpunan G20 di Jerman. - AFP
Rex Tillerson bersama rakan sejawatnya pada perhimpunan G20 di Jerman. – AFP

Perhimpunan G20 peringkat tertinggi juga boleh memberi peluang bagi pertemuan dengan Menteri Luar China Wang Yi, yang kehadirannya hanya disahkan Selasa lalu.

Pengumuman di saat-saat akhir dibuat selepas Trump menegaskan semula kepatuhan pada pendirian berdekad-dekad lamanya bahawa Taiwan tidak berasingan dari China, dengan menarik balik ulasan sebelumnya yang mencurigai dasar “Satu China”. Jika bekas ketua ExxonMobil, Tillerson berdepan tugas menggentarkan menjelaskan dasar bercanggah Trump yang adalah kalanya bercanggah yang membimbangkan masyarakat antarabangsa, dia tidak akan melakukannya sendirian.

Setiausaha Pertahanan AS James Mattis menghadiri hari kedua mesyuarat NAATO di Brussels hari ini, manakala Timbalan Presiden Mike Pence akan menjadi pegawai AS tertinggi yang menyertai Persidangan Keselamatan Munich bermula esok. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA