Semua permohonan tanah guna LARIS

Semua permohonan tanah guna LARIS

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Bermula 1 Mei 2016 ini, semua permohonan tanah yang dihadapkan melalui perkhidmatan peguam dimestikan dibuat menerusi Sistem Maklumat Pendaftaran dan Permohonan Tanah (LARIS) iaitu sistem secara online yang telah mula diperkenalkan sejak 16 Februari 2016.

LARIS merupakan salah satu mekanisma yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Tanah sebagai usaha memperbaiki kedudukan Negara Brunei Darussalam mengikut penilaian Bank Dunia (World Bank) bagi pendaftaran hartanah (registering property) untuk kemudahan menjalankan perniagaan (ease of doing business).

Sistem LARIS ini boleh diakses melalui laman sesawang www.laris.gov.bn atau www.tanah.gov.bn.