Semua suspek kes culik HK diberkas

Semua suspek kes culik HK diberkas

HONG KONG, 5 Mei (AFP) – Polis China hari ini menangkap lima lagi baki suspek yang melarikan diri dari Hong Kong bersama berjuta-juta wang tebusan selepas satu penculikan, menurut laporan lewat hari ini, sehari selepas penangkapan seorang suspek dalam kes itu.

Kelima-lima mereka ditangkap oleh pihak berkuasa tanah besar di wilayah Guangdong, China—dua di hotel di bandar Shenzen pada pagi Isnin—The South China Morning Post (SCMP) melaporkan hari ini, memetik sumber dan saksi tidak dinamakan.

“Kesemua mereka sudah pun diberkas,” kata sumber memberitahu SCMP.

Polis Hong Kong semalam mengatakan seorang suspek diberkas di Lo Wu, sempadan pemeriksaan yang menghubungkan bandar itu dengan China. Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada pihak berkuasa sudah menemui wang tebusan sebanyak HK$28 juta.

Polis mengelilingi seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam penculikan cucu seorang taikan, ketika dia dibawa ke stesen MTR Choi Hun untuk siasatan di Hong, Kong, China, 5 Mei. – Reuters
Polis mengelilingi seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam penculikan cucu seorang taikan, ketika dia dibawa ke stesen MTR Choi Hun untuk siasatan di Hong, Kong, China, 5 Mei. – Reuters

Polis di Hong Kong melancarkan satu operasi besar-besaran untuk memburu enam suspek penculik selepas pembebasan Queenie Rosita Law, 29, Selasa lalu.

Pemburuan dibuat selepas mereka didakwa melarikan diri dari bandar itu bersama bayaran tebusan HK$28 juta dibayar oleh ahli keluarga Law. Law merupakan cucu mendiang taikun Law Ting-pong dan ditahan selama tiga hari, mengatakan dalam sidang media hari ini bahawa dia tidak cedera.