Senapang, bahan letupan ditemui dalam kapal Togo

Senapang, bahan letupan ditemui dalam kapal Togo

ATHENS, 4 Mac (AFP) – Beribu-ribu senapang dan bahan letupan telah ditemui dalam kapal pengangkut berbendera Togo yang ditahan di pelabuhan Greece sejak hujung minggu, menurut pengawal pantai hari ini.

Sebuah kontena mengandungi 6,400 senapang dan yang kedua menyimpan ‘sejumlah besar bahan letupan dan material yang serupa,” kata pengawal pantai Greece dalam satu kenyataan. Bagaimanapun, senjata dan bahan letupan itu belum lagi dirampas ketika pemeriksaan dokumentasi untuk memastikan kesahihannya masih lagi diteruskan, menurut jurucakap pengawal pantai wanita. “Kami tidak menyatakan yang kargo itu adalah sah di sisi undang-undang,” ujarnya.

Terdapat beberapa kekeliruan berkaitan nama kapal, dengan beberapa laman berita menyenaraikannya ‘Kukui Boy’, namun pengawal pantai mengenal pastinya sebagai ‘Trader’. Kapal pengangkut itu dipintas pengawal pantai pada Ahad semasa berlayar berhampiran pulau Crete.

Ia meninggalkan pelabuhan Izmir, Turki pada 26 Januari dan menuju ke Valetta, Malta selepas kunjungan singkat di Mersin dan Limassol di Cyprus.