Senat AS undi larang penyeksaan

Senat AS undi larang penyeksaan

WASHINGTON, 17 Jun (AFP) – Senat Amerika Syarikat mengundi semalam untuk melarang penyeksaan ketika sesi soal siasat, satu langkah yang bertujuan menamatkan teknik kejam digunakan ke atas suspek pengganas ekoran serangan 11 September 2001.

Langkah itu diluluskan dengan menerima banyak sokongan, 78 undi berbanding 21 dengan kesemua anggota kokus Demokratik dan 32 Republikan menyokong.

Mereka termasuklah penaja bersama penyokong bersama Republikan, John McCain yang pernah diseksa di Vietnam, di mana beliau adalah tahanan perang lebih lima tahun selepas pesawatnya ditembak jatuh di Hanoi dalam tahun 1967.

“Pindaan ini memberi jaminan lebih besar bahawa Amerika Syarikat tidak akan lagi mengikut laluan suram mengorbankan nilai-nilai kami bagi keperluan keselamatan tempoh pendek,” kata McCain, yang telah selama bertahun-tahun mendesak bagi penamatan amalan ini.

Larangan itu diluluskan dalam bentuk pindaan kepada Akta Kebenaran Pertahanan Kebangsaan bagi tahun 2016, yang sedang dibahaskan dalam Kongres.

Senat dan Dewan akan perlu meluluskan rang undang-undang lebih luas ini bagi larangan penyeksaan untuk dihantar kepada Presiden Barack Obama untuk ditandatangani, tetapi itu masih menjadi tanda tanya.

Rumah Putih pada bulan lalu berkata Obama mengancam akan menggunakan veto terhadap rang undang-undang pertahanan kerana ia kurang mengubah keutamaan pentadbiran utama.

Senator Dianne Feinstein, yang mengetuai penyiasatan bertahun-tahun ke atas penggunaan penyeksaan dan mengeluarkan laporan mengejutkan pada lewat tahun lalu yang menggambar penggunaan teknik kejam Agensi Pusat Perisikan seperti “waterboarding” dan pemberian makan melalui rektum, juga menyokong sama langkah penyeksaan itu.

”Pengundian hari ini merupakan sejarah Senat, bahawa tidak akan kembali kepada era teknik yang digelar teknik pemisitan yang ditingkatkan dan arahan eksekutif Presiden Obama berhubung penyeksaan seharusnya digubal menjadi undang-undang,” kata Feinstein.