Senator Brazil sokong pemecatan Rousseff

Senator Brazil sokong pemecatan Rousseff

BRASILIA, 12 Mei (AFP) – Presiden Brazil Dilma Rousseff hari ini bersedia menyerahkan kuasa kepada timbalan presidennya yang telah menjadi musuhnya, Michel Temer, selepas majoriti Senat menyokong menggantung beliau dari jawatannya dan membuka perbicaraan pendakwaan.

Dengan perdebatan tidak henti selama 17 jam berterusan sehingga malam sebelum pengundian, tanda-tanda sudah jelas bagi presiden wanita pertama Brazil itu.

Hanya majoriti mudah Senat 81 anggota diperlukan untuk menggantung Rousseff dari jawatannya selama enam bulan sementara menantikan pengadilan atas dakwaan bahawa beliau melanggar undang-undang perakaunan belanjawan. Dan sejurus selepas 3:15 pagi di Brasilia, senator ke 14 mengisytiharkan niatnya untuk menyokong pendakwaan sebelum pengundian itu.

Perbicaraan mungkin masa berbulan-bulan, dengan majoriti dua pertiga undi akhirnya diperlukan untuk menyingkirkan Rousseff, 68 dari jawatannya.

Sementara itu, bermula hari ini, Temer mengambil alih sebagai presiden sementara negara terbesar Amerika Latin itu, yang menamatkan 13 tahun penerajuan parti Rousseff, iaitu Parti Pekerja berhaluan kiri.

Temer, dari parti bersederhana PMDB, bersedia untuk mengumumkan kerajaan baru dan mengatakan keutamaannya ialah untuk menangani kemelesetan teruk Brazil dalam tempoh beberapa dekad dan menamatkan cengkaman lumpuh Kongres ketika usaha terhadap Rousseff.

Pernah menjadi gerila Marxist yang diseksa di bawah kepimpinan diktator tentera negara dalam tahun 1970an, Rousseff menyelar usaha pendakwaan itu sebagai rampasan kuasa dan berikrar akan melawan ketika perbicaraan.

Media Brazil melaporkan beliau akan secara rasmi keputusan undi pada pukul 10 pagi hari ini dan akan membuat kenyataan kepada negara. Ramai penyokong akan berhimpun di luar untuk memberi hormat kepadanya ketika dia meluncur pergi, seorang jurucakap partinya, Parti Pekerja memberitahu AFP.

Dijangka menjadi tuan rumah Sukan Olimpik di Rio de Janeiro dalam tempoh kurang tiga bulan, Brazil berusaha membendung keadaan ekonomi yang tidak menentu dan menangani kesan sampingan daripada skandal rasuah yang serius dalam elit politik dan perniagaan.