Sengenics dibuka rasmi

Sengenics dibuka rasmi

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Dalam usaha menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan untuk menggiatkan penyelidikan dan pembangunan di negara ini, syarikat penyelidikan dan diagnostik gen dan mikro-organisma, Sengenics dibuka rasmi hari ini di Universiti Brunei Darussalam.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Hiliran dan Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Jamain bin Haji Julaihi selaku wakil peribadi Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar merangkap Pengerusi Majlis Penyelidikan Brunei (BRC).

Syarikat penyelidikan ini menawarkan perkhidmatan komersial dalam bidang paten ‘Immunome autoantibody’ dan klinikal ‘ExoMax’ yang disokong Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) melalui Skim Insentif Penyelidikan Brunei (BRISc) yang melaluinya, Sengenics akan memulakan dua penyelidikan mengenai daging halal dan makanan berkaitan penyelidikan dan projek pengkomersilan.

Pengarah Eksekutif Sengenics, Dr. Arif Anwar ketika berucap di majlis perasmian itu berkata, Negara Brunei Darussalam dipilih sebagai lokasi strategik di Asia kerana kestabilan politik dan ekonomi, pelbagai kemudahan yang disediakan BEDB, cukai dan skim insentif bagi mempertingkatkan penyelidikan dan pengkomersilan bioteknologi.

Dato Paduka Haji Jamain bergambar ramai bersama kakitangan UBD dan Syarikat Sengenics.
Dato Paduka Haji Jamain bergambar ramai bersama kakitangan UBD dan Syarikat Sengenics.
Kakitangan Syarikat Sengenics menerangkan mengenai salah satu peralatan di syarikat itu.
Kakitangan Syarikat Sengenics menerangkan mengenai salah satu peralatan di syarikat itu.
Dato Paduka Haji Jamain (kanan) ketika membuat lawatan ke bilik makmal fasiliti DNA ‘Sequencing’ dan ‘Microarray’.
Dato Paduka Haji Jamain (kanan) ketika membuat lawatan ke bilik makmal fasiliti DNA ‘Sequencing’ dan ‘Microarray’.
Dr. Arif Anwar ketika berucap di majlis pembukaan rasmi itu.
Dr. Arif Anwar ketika berucap di majlis pembukaan rasmi itu.
Kakitangan Syarikat Sengenics ketika melakukan penyelidikan menggunakan komputer riba.
Kakitangan Syarikat Sengenics ketika melakukan penyelidikan menggunakan komputer riba.

Menurutnya lagi, Sengenics boleh menyumbang ke arah pembangunan inovatif produk-produk komersial bagi jenama halal antarabangsa negara ini sekali gus melengkapkan strategi sebagai hab Brunei halal.

Kerjasama UBD dengan Sengenics akan membuka lebih banyak peluang untuk peralihan pengetahuan dan kemahiran bagi menghasilkan penyelidikan dan pembangunan lebih berjaya di rantau ini, menurut Penolong Naib Canselor UBD, Profesor David Koh. Beliau turut mempelawa institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan untuk bekerjasama dengan pemain industri ini dalam memberikan latihan dan penempatan kerja, projek komersial, kerjasama dan kemahiran serta penyelidikan yang memberikan manfaat kepada kedua-dua industri.

ARTIKEL YANG SAMA