Senjata mainan dirampas

Senjata mainan dirampas

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Pasukan Polis Diraja Brunei, pada 25 Julai yang lalu, telah merampas alat-alat mainan yang menyerupai senjata di salah sebuah bangunan komersil di Gadong.

Berikutan dengan itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 28 tahun dan seorang wanita warga asing berumur 26 tahun untuk membantu siasatan kerana dipercayai menjual barang-barang tegahan.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, pihak mereka telah mendapat maklumat daripada orang ramai mengenai penjualan alat mainan Senapang Airsoft yang berpeluru bola plastik yang dipromosikan melalui media sosial ‘Facebook’.

pg06_160729_b

Alat-alat mainan yang menyerupai senjata dirampas di salah sebuah bangunan komersil di Gadong.
Alat-alat mainan yang menyerupai senjata dirampas di salah sebuah bangunan komersil di Gadong.

Kes ini disiasat di bawah Akta Senjata Api dan Bahan Letupan, Peraturan 17 (1) Akta Senjata Api dan Bahan Letupan Peraturan 1 Seksyen 2 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan akan dihadapkan ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan yang selanjutnya.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei mengucapkan terima kasih atas maklumat daripada orang ramai dan menasihatkan orang ramai supaya tidak akan terlibat dengan sebarang penjualan dan pembelian barang-barang yang ditegah dan melaporkan segera kepada pihak polis jika mendapati sebarang perkara yang mencurigakan ke talian kecemasan 993 dan mana-mana balai polis yang berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA