Senjata rahsia Microsoft perkembangan ‘the cloud’

Senjata rahsia Microsoft perkembangan ‘the cloud’

SAN FRANCISCO, 31 Jan – Dalam melaporkan pendapatan suku kedua fiskal yang lebih baik daripada dijangka pada Khamis, CEO Microsoft Corp Satya Nadella menyumbang kejayaan syarikatnya dalam perniagaan perkomputeran awan.

“Perniagaan di semua tempat sedang menggunakan Microsoft Cloud sebagai platform digital mereka untuk menjana agenda transformasi mereka,” kata beliau.

Apa yang tidak disebut oleh beliau adalah peranan yang dimainkan oleh salah satu produk lebih lama syarikat dalam kejayaan teknologi baru ini: Microsoft Exchange Server, di mana kebanyakan syarikat terbesar di dunia bergantung pada perkhidmatan e-mel.

Apabila syarikat mulai memindah data kepada cloud, biasanya satu rangkaian server yang dikendali oleh sebuah syarikat luar, langkah pertama adalah memindah e-mel, selalunya dengan alat perisian office lain tetapi adanya alatnya sendiri.

Untuk syarikat yang telahpun bergantung pada Microsoft Exchange and Outlook untuk menghantar dan menerima e-mel, pengurus teknologi malumat berkata, beralih kepada syarikat yang sama untuk mengendali data berkenaan dalam cloud nampaknya satu tindakan logik.

Gambar yang diambil pada 11 November 2015 menunjukkan Satya Nadella berucap mengenai strategi terbaru ‘the cloud’ di Berlin, Jerman. - Reuters
Gambar yang diambil pada 11 November 2015 menunjukkan Satya Nadella berucap mengenai strategi terbaru ‘the cloud’ di Berlin, Jerman. – Reuters

Itulah yang berlaku di Universiti Winconsin, Madison. Sekolah itu berusaha untuk memperkemas teknologinya dengan berpindah ke cloud, bermula dengan e-mel, disebabkan ia ‘sukar dikendalikan,’ kata Bob Plankers, arkitek alam maya di universiti itu. “Selain daripada server e-mel, anda perlu bimbang mengenai spam dan imbasan virus,” tambah beliau.

Untuk peralihan, Plankers berkata beliau memilih produk Office 365 Microsoft disebabkan universiti telahpun menggunakan Outlook. Syarikat itu mengumumkan pada Khamis ia dijangka menghasilkan pendapatan tahunan berjumlah AS$9.4 bilion, meningkat daripada AS$5.5 bilion setahun lalu.

Pelabur McIllwain menggesa strategi tersebut sebagai bijak, disebabkan pelanggan yang memindah e-mel Outlook mereka kepada Microsoft cloud biasanya menggunakan satu perkhidmatan panduan Microsoft yang mengawal kemasukan kepada e-mel tersebut.

Ia seterusnya menjadi mudah untuk menggunakan panduan yang sama untuk memberikan pekerja tertentu kemasukan kepada data dan perkhidmatan lain yang dipindah kepada Microsoft cloud selepas itu. Tatkala perkhidmatan cloud berkembang dengan pesat, Microsoft perlu menunjukkan bahawa produknya adalah bersamaan dengan, atau lebih baik daripada pesaingnya dari segi kualiti dan harga. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA