Sensasi masakan Vietnam

Sensasi masakan Vietnam

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Sebuah restoran yang menyajikan makanan Vietnam, Pho Real Fuzion, kini membuka pintunya kepada orang ramai di Citis Square, hari ini.

Pembukaan rasmi Pho Real Fuzion @ Qidiaku berkenaan telah disempurnakan oleh Duta Istimewa dan Mutlak Filipina ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Meynardo L. B. Montealegre, Kaunselor/ Timbalan Ketua Misi di Kedutaan Sosialis Vietnam ke Brunei Darussalam, Luu Xuan Dong.

Turut hadir ialah Pengarah Pho Real Fuzion, Samir Patel dan Lhai D Santiago.

Suasana ujian makanan oleh tetamu khas di pembukaan rasmi Pho Real Fuzion.
Suasana ujian makanan oleh tetamu khas di pembukaan rasmi Pho Real Fuzion.
TYT Meynardo L. B. Montealegre dan Luu Xuan Dong melancarkan pembukaan rasmi Phoreal Fuzion @ Qidiaku sambil disaksikan oleh Pengarah Pho Real Fuzion.
TYT Meynardo L. B. Montealegre dan Luu Xuan Dong melancarkan pembukaan rasmi Phoreal Fuzion @ Qidiaku sambil disaksikan oleh Pengarah Pho Real Fuzion.

Restoran berkenaan menawarkan pelbagai jenis hidangan dari Vietnam yang lebih kepada sayuran dan berkonsepkan kesihatan antaranya hidangan sup, rol sayuran, rol udang atau daging, sayap ayam yang dimasak dengan sos pedas, Goong Sarong iaitu udang yang dibalut dengan mi selain set hidangan nasi bersama daging dan kacang panjang.

Selain hidangan Vietnam, restoran yang dibuka dari pukul 10:00 pagi hingga 9:00 malam itu juga menawarkan makanan berkonsepkan ala barat.

ARTIKEL YANG SAMA