Sensasi roti dari Taiwan

Sensasi roti dari Taiwan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Francais kedai roti terkenal dari Taiwan, Bake Culture, kini memasuki pasaran Brunei dengan pembukaan cawangan pertamanya di negara ini, sekaligus yang pertama di luar Taiwan, di kawasan komersial Kiulap, hari ini.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman dan pemilik bersama Bake Culture, Wu Chun dan dua artis dari Taiwan, Vanness Wu dan Calvin Chen serta ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

Kedai roti unik ini membawa konsep yang sungguh santai dan dipenuhi dengan seni-seni lukisan yang menceritakan mengenai budaya membuat dan membakar roti-roti yang enak, segar dan penuh berkualiti.

Terletak di jalan utama Kiulap, bangunannya dibahagikan kepada tiga tingkat di mana aras bawah adalah tempat jualan roti-roti, manakala itu, tingkat satu pula menyediakan sebuah bilik untuk para pelanggan bersantai sambil melihat pemandangan luar dengan tingkap-tingkap besar serta sebuah dapur yang mempunyai gelas besar untuk para pelanggan melihat cara-cara para cef membuat roti-roti yang segar.

Datin Paduka Hajah Adina bersama Yang Berhormat Pehin Goh King Chin semasa menerima cenderamata daripada pihak penganjur.
Datin Paduka Hajah Adina bersama Yang Berhormat Pehin Goh King Chin semasa menerima cenderamata daripada pihak penganjur.

Apa yang menarik mengenai produk Bake Culture adalah roti-roti dihasilkan menggunakan bahan istimewa iaitu Mentega Laktik, yang diterbangkan dari Perancis.

Wu Chun semasa ditemui media berkata, pelancaran berkenaan merupakan salah satu kebanggaan besar kerana kedai ini merupakan francais pertama yang terdapat di luar Taiwan dan beliau menyatakan perasaan gembira dengan kejayaan pembukaan kedai berkenaan.

Antara roti-roti yang dijual di kedai berkenaan.
Antara roti-roti yang dijual di kedai berkenaan.

pg12_150827_c

Sebagai seorang warga Brunei,katanya, adalah sangat penting untuk memupuk sifat yang sering menjaga kesihatan dan kehidupan yang sihat dan beliau ingin membawa konsep Bake Culture dengan keunikannya yang tersendiri.

Bake Culture menampilkan barisan pembuat roti dari Taiwan yang pakar dalam menyediakan dan membuat roti-roti yang berkualiti.

Majlis pelancaran berkenaan turut diselajurkan dengan sesi bertemu peminat bersama Wu Chun, Vanness Wu dan Calvin Chen.

ARTIKEL YANG SAMA