Sentiasa ingati Allah S.W.T

Sentiasa ingati Allah S.W.T

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Berzikir atau Zikrullah adalah ibadah untuk kita mengingati Allah S.W.T dengan memuji kebesarannya seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan sebagainya, sama ada dilakukan dengan hati atau dengan lisan dan ia merupakan ibadah yang dituntut melakukannya pada setiap masa.

Khatib dalam khutbah Jumaatnya hari ini mengongsikan banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa mengingati Allah S.W.T diantaranya ialah dapat mententeramkan jiwa, menjauhkan diri daripada perangkap dan hasutan syaitan, dan mendapat pertolongan Allah S.W.T.

Dalam khutbah Jumaat lagi, terdapat banyak zikir yang boleh kita amalkan dan zikir yang afdhal ialah “La ila Ha Illallah”.

Menurut Khatib lagi bahawa kalimah tauhid “La ila Ha Illallah” ini mempunyai banyak fadhilatnya, antaranya ialah mendapat syafaat dari Rasullullah S.A.W, dapat memperbaharui Iman, dan dimasukkan ke dalam syurga bagi sesiapa yang mengakhiri kalamnya dengan mengucapkan kalimah tersebut.

Khatib seterusnya menyeru agar kita berusaha untuk memperbanyakkan mengingati Allah S.W.T walau di mana kita berada sama ada di waktu senang ataupun susah, suka atau duka, kerana segala sesuatu yang berlaku di dunia ini adalah dengan kehendak Allah S.W.T.

ARTIKEL YANG SAMA