Sentuhan DPMM...

Sentuhan DPMM FC belum menjadi

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Pasukan Brunei DPMM FC sekali lagi mengalami kekalahan dalam persaingan Liga Singapura (Liga-S) selepas tewas 2-0 kepada Geylang International FC di Stadium Bedok, Singapura sebentar tadi.

Brunei DPMM FC ketinggalan seawal minit ke-13 apabila Shahfiq membuat penyudah jarak dekat selepas menerima hantaran lintang rendah daripada Victor Coto bagi gol pembukaan.

Sebelas minit kemudian Ramazotti berjaya menggegarkan gawang untuk Brunei DPMM FC, namun jaringan itu tidak dikira kerana dia berada di kedudukan ofsaid.

Kedudukan kekal 1-0 sehingga separuh masa pertama berakhir.

Geylang menggandakan kedudukan tujuh minit memasuki separuh masa kedua menerusi sepakan penalti yang disudahi oleh Coto, selepas Yura dijatuhkan dalam petak.

Meskipun membuat siri serangan ke gawang Geylang, kedudukan 2-0 kekal sehingga wisel penamat.

Persaingan Liga-S seterusnya bagi Pasukan Brunei DPMM FC adalah menentang Pasukan Tampines Rovers, yang ketika ini berada di tangga kelima Liga-S, pada 28 April ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

ARTIKEL YANG SAMA