Sentuhan Kasih Ma’had Islam Brunei

Sentuhan Kasih Ma’had Islam Brunei

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 20 Jun – Tiga buah keluarga, anak-anak yatim, para penuntut dan kakitangan Ma’had Islam Brunei yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan berbentuk makanan asasi daripada Ma’had Islam Brunei menerusi program amal Sentuhan Kasih Ramadan.

Program anjuran Jabatan Umum, Ma’had Islam Brunei itu diadakan bagi memberi bantuan dan meringankan beban warga sekolah yang kurang berkemampuan di samping memupuk nilai-nilai murni melalui kerja amal dan sifat tolong-menolong.

Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Pemangku Pengetua Ma’had Islam Brunei, Pengiran Haji Asmady bin Pengiran Haji Aliuddin bersama guru-guru Jabatan Umum, Ma’had Islam Brunei.

Penerima sumbangan melibatkan tiga buah keluarga terpilih di Daerah Tutong yang tinggal di Tutong Kem, Kampung Sengkarai dan Kampung Telisai.

Antara keluarga kurang berkemampuan yang menerima sumbangan daripada Ma’had Islam Brunei.
Antara keluarga kurang berkemampuan yang menerima sumbangan daripada Ma’had Islam Brunei.

pg07_160621_e

Penyampaian sumbangan Projek Sentuhan Kasih Ramadan ini akan diteruskan lagi esok (21 Jun), di Surau Blok B, Ma’had Islam Brunei yang akan menyasarkan lebih 40 orang penerima.

Projek ini diadakan bagi melahirkan warga sekolah yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat, sekali gus memeduli kebajikan warga sekolah yang memerlukan bantuan.

ARTIKEL YANG SAMA