Sentuhan premium, sportif

Sentuhan premium, sportif

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Honda Civic serba baru merupakan satu perubahan terbesar bagi Honda dan menjadi taruhan yang sukar dijangka akan sambutannya kerana ia menampilkan konsep ‘Mewujudkan Satu Cara Hidup’ dengan menyasarkan para belia dengan sentuhan premium, sportif dan futuristik.

Kejutan terbaru dari Honda yang akan dilancarkan di negara ini pada 26 Ogos ini, jam 9 pagi di Bilik Pameran Honda, Gadong, sudah pasti sesuatu yang tidak harus dilepaskan oleh peminat jenama kereta ini.

Reka bentuk belakang Honda Civic baru ini adalah paling menonjol kerana ia rekaan terkini dan canggih dengan lampu LED melengkung yang amat berbeza, berbanding model sebelum ini.

Dari sudut pandangan hadapan pula, Honda Civic baru ini dilihat mewarisi rupa bentuk Honda Accord Generasi kesembilan.

Ia satu rekaan identiti terkini yang semakin sinonim buat Honda. Jika dibandingkan, rekaan ini lebih menarik berbanding model terdahulu.

Honda Civic generasi ke-10 bakal dilancarkan pada 26 Ogos ini.
Honda Civic generasi ke-10 bakal dilancarkan pada 26 Ogos ini.
Rekaan terkini dan canggih dengan lampu LED melengkung yang amat berbeza.
Rekaan terkini dan canggih dengan lampu LED melengkung yang amat berbeza.

Dari sudut pandangan sisi, rekaan ringkas dan tajam sudah tidak kelihatan. Honda Civic baru ini mempunyai garis lengkung yang menjadikannya sangat unik apabila terkena pancaran cahaya.

Lengkungan bak otot mempamerkan keteguhan dan kekuatan Honda Civic generasi ke-10 ini.

Selain ruang kargonya yang lebih besar (525 liter) ia juga dilengkapi sistem teknologi terkini termasuk sistem Monitor Display Audio 7”, USB port Apple CarPlay dan sambungan Hands-Free Telephone (HFT) tanpa wayar.

Honda Civic generasi ke-10 yang akan dipasarkan di negara ini ialah model Premium Sport dengan dua jenis varian iaitu versi enjin 1.6 liter di bawah teknologi ‘Earth Dreams’ yang menawarkan pemanduan menyeronokkan dan lebih jimat penggunaan bahan api.

pg12_160825_d

pg12_160825_c

Antara yang menjadi tarikan anak muda untuk versi Civic 1.5 liter DOHC VTEC Turbo ialah ia mampu menghamburkan 173 kuasa kuda pada 5,500 rpm dan digabungkan dengan Continuously Variable Transmission (CVT), juga di bawah teknologi Earth Dreams.

Berdasarkan tayangan video kepada wakil media pagi tadi, Happy Motoring Sdn Bhd menjelaskan penyelesaian masalah kelambatan turbo (turbo lag) Honda VTEC diselesaikan dengan turbin berukuran diameter kecil turborcharger electronic wastegates untuk menghasilkan tindak balas yang baik.

Antara yang diubah suai daripada model Civic sebelum ini ialah jeriji depan krom berbentuk sayap dengan logo Honda dan pada sisi jeriji model terbaru ini ia dilengkapi lampu utama bersama lampu LED dengan lampu belakang pula turut dilengkapi LED berbentuk C.

Honda Civic serba baru menawarkan kelas tertinggi dalam aspek keselamatan antaranya, beg udara SRS, tali pinggang keledar dengan ‘3-point Pretensioner’, Sistem Anti-Kunci Brek (ABS), Bantuan Penstabilan Kenderaan (VSA), ‘Hill Start Assist’ dan isyarat berhenti kecemasan (ESS).

ARTIKEL YANG SAMA