Seorang anak damit cedera dalam kejadian tembakan

Seorang anak damit cedera dalam kejadian tembakan

WASHINGTON, 21 Jun (AFP) – Dua kanak-kanak dan lima orang dewasa mengalami kecederaan dalam satu kejadian tembakan pada parti blok di Philadelphia semalam, apabila seorang tersangka melepaskan tembakan secara rambang pada orang ramai, menurut pegawai dan media tempatan.

Leftenan Polis Philadelphia John Walker memberitahu anggota gabungan NBC WCAU bahawa seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebatang jalan raya di mana orang sedang berkumpul untuk meraikan satu parti.

“Nampaknya semua orang berada di sini untuk perkelahan dan semua orang berlari, ia kelihatan seolah-olah mereka menembak secara rambang di jalan dan terkena sesiapa yang menghalangnya,” kata Walker.

Beliau berkata kejadian itu “adalah satu situasi yang dahsyat.”

Stesen berita berkata salah seorang mangsa adalah seorang anak damit berusia 18 bulan yang terkena peluru di bahagian leher. Mangsa lain adalah seorang budak lelaki berusia 10 tahun.

Lima mangsa lain, berusia 15 hingga 25 tahun, dibawa ke hospital selepas kejadian menembak yang berlaku pada kira-kira pukul 10 malam di bandar terbesar di timur laut negeri Pennsylvania.

ARTIKEL YANG SAMA