Seorang balu pejuang IS mengaku bantu suami di Syria

Seorang balu pejuang IS mengaku bantu suami di Syria

SYDNEY, 16 Nov (Agensi) – Balu seorang militan pengganas Negara Islam (IS) mengaku bersalah di mahkamah Sydney hari ini atas kesalahan menyokong suaminya berjuang di Syria.

Penjihad yang lahir di Sydney Mohamed Elomar telah terbunuh dalam satu serangan udara di kubu kuat pergerakan IS di Raqqa, Syria pada Jun. Dia berusia 30 tahun.

Balunya Fatima Elomar, 31, dihentikan di Lapangan Terbang Sydney bersama empat orang anaknya pada Mei tahun lepas tatkala dia cuba untuk menyertai suaminya di Syria.

Dia didapati membawa wang, kelengkapan penyamaran dan perubatan.

Dia mengaku bersalah di Mahkamah Daerah di negeri New South Wales atas satu dakwaan menyokong tindakan musuh pada bulan sebelum dia mencuba untuk meninggalkan negara itu.

Bagaimanapun dia dilepaskan atas ikat jamin dan akan muncul di mahkamah bagi hukuman pada 1 April. Ia belum segera jelas hukuman penjara apa yang akan dia hadapi.

Polis Australia mengumumkan pada Julai tahun lepas bahawa mereka mengeluarkan waran tangkap buat Mohamed Elomar dan rakan senegaranya Khaled Sharrouf atas kesalahan-kesalahan keganasan.

Kedua-duanya meninggalkan Australia pada 2013 menuju ke Syria.

ARTIKEL YANG SAMA