Seorang cedera dalam satu kejadian tembak

Seorang cedera dalam satu kejadian tembak

SAN FRANCISCO, 28 Jun (AFP) – Tembakan telah dilepaskan ke arah satu acara golongan homoseksual di San Francisco semalam, telah mengakibatkan seorang lelaki tercedera, menurut polis bandar.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila beberapa kumpulan lelaki yang tidak berkaitan dengan acara itu ‘terlibat dalam perang mulut berhampiran atau di dalam tempat acara itu diadakan’ menurut Jabatan Polis San Francisco dalam satu kenyataan.

Penonton acara itu yang ditembak dipercayai ‘tidak berkaitan dengan pertikaian itu,” pegawai SFPD Carlos Manfredi memberitahu AFP.

Menurut polis kejadian itu berlaku “apabila salah seorang mengeluarkan pistol dan melepaskan beberapa tembakan. Satu tembakan terkena bahagian tangan seorang penonton acara itu.’

Beberapa orang tersangka telah ditahan, tambah kenyataan itu lagi.

Polis dimaklumkan tentang kejadian tembakan itu, yang berlaku di kawasan Plaza Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sejurus selepas 6 petang.

Mangsa berusia 64 tahun itu telah dipindahkan ke Hospital Besar San Francisco dan dia dalam keadaan stabil, menurut polis lagi.

Pasukan khas kumpulan jenayah bandar itu, unit kejadian jenayah dan penyiasatan malam sedang menyiasat kejadian itu.

Penembakan berlaku sehari selepas Mahkamah Tinggi AS menjadikan perkahwinan sama jantina sah di seluruh negara.