Seorang jemaah Brunei meninggal di Mekah

Seorang jemaah Brunei meninggal di Mekah

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Seorang jemaah Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia di kota Mekah.

Menurut laporan RTB, Pengiran Haji Mohd Tahir bin Pengiran Haji Damit meninggal dunia dua hari lalu, pada kira-kira jam 9:45 malam di Klinik Perubatan Brunei Darussalam di Hotel Makarim Firdaus, Mekah.

Jenazah Allahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Assyaraaya’. Upacara pengebumian itu turut dihadiri Konsul Besar Brunei Darussalam di Jeddah, Haji Sulaini bin Haji Said.

ARTIKEL YANG SAMA