Seorang lagi pelombong maut di Papua

Seorang lagi pelombong maut di Papua

JAKARTA, 27 Julai (AFP) – Seorang pekerja terbunuh dalam kemalangan di lombong emas dan tembaga milik Amerika Syarikat di pedalaman timur Indonesia, menurut syarikat itu hari ini, kematian terbaru di kawasan lombong ditimpa masalah berkenaan.

Kemalangan di lombong Freeport-McMoRan’s Grasberg, di kawasan pergunungan wilayah Papua, berlaku pada Sabtu lepas di kawasan lombong, kata Riza Pratama, jurucakap syarikat itu di unit Indonesia.

Mangsa mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian, tambahnya.

Jurucakap itu tidak memberikan maklumat lanjut tetapi laman sesawang berita Tempo melaporan bahawa kakitangan lombong itu maut setelah terjatuh ke atas sawat penyampai.

Grasberg, salah satu lombong emas dan tembaga terbesar dunia, dicemari oleh kemalangan dan masalah pengeluaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Januari, tiga kakitangan keselamatan yang sedang membuat rondaan ditemui maut dengan kesan cedera akibat peluru dan parang.

ARTIKEL YANG SAMA