Seorang lagi pelumba basikal maut

Seorang lagi pelumba basikal maut

PARIS, 29 Mac (AFP) – Pelumba basikal Belgium, Daan Myngheer meninggal dunia semalam dua hari selepas mengalami serangan jantung ketika menyertai perlumbaan Antarabangsa Kriterium di Corsica, kata pasukannya.

Myngheer, 22, disahkan meninggal di sebuah hospital di d’ Ajaccio di samping ahli keluarga dan pasangannya Emely, kata Roubaix Metropole Lille dalam satu kenyataan.

“Dengan dukacitanya, kami memaklumkan kepada anda tentang kematian Daan,” kata pasukan itu menerusi satu kenyataan di laman Facebook.

“Dia tewas pada perlumbaan terakhirnya selepas berjuang seperti juara.” Kematiannya selepas seorang lagi pelumba Belgium, Antoine Demoitie yang berusia 25 tahun terbunuh apabila dilanggar motosikal selepas terjatuh ketika perlumbaan Gent-Wevelgem pada Ahad lalu.

Gambar yang diambil pada 25 September 2015 menunjukkan Myngheer (tengah) ketika bersaing dalam Kejohanan Basikal Dunia UCI Road di Roubaix. – AFP
Gambar yang diambil pada 25 September 2015 menunjukkan Myngheer (tengah) ketika bersaing dalam Kejohanan Basikal Dunia UCI Road di Roubaix. – AFP

Kematiannya merupakan satu lagi berita menyedihkan bagi para pelumba basikal Belgium selepas Demoitie yang berusia 25 tahun maut dalam perlanggaran dengan sebuah motosikal semasa perlumbaan Gent-Wevelgem pada Ahad lalu.

Myngheer, yang akan mencecah umur 23 tahun pada 13 April ini, mengalami kesukaran dalam pelumbaan sejauh kira-kira 30 kilometer (20 batu) dari garis di peringkat pertama perlumbaan di Porto-Vecchio, Sabtu lalu.

Beliau mengalami serangan jantung semasa dalam ambulans, sebelum dipindahkan menggunakan helikopter ke hospital dengan bantuan pernafasan sebelum mengalami koma.

Agensi media L’Equipe berkata pelumba muda itu juga mengalami masalah semasa perlumbaan amatur pada tahun 2014, tetapi doktor mendapati tiada masalah dengan hatinya apabila mereka memeriksanya dengan segera selepas itu.

ARTIKEL YANG SAMA