Seorang lagi remaja Palestin kecundang

Seorang lagi remaja Palestin kecundang

RAMALLAH, Tebing Barat, 2 Ogos (Reuters) – Seorang remaja Palestin meninggal dunia semalam di hospital Tebing Barat ekoran pertempuran dengan tentera Israel berhampiran Ramallah, menurut para pegawai Palestin.

Pertempuran itu adalah salah satu dari tiga dalam tempoh hanya beberapa jam pada jumaat lepas yang menyaksikan warga Palestin maut dalam keganasan Israel-Palestin, menjadikannya salah satu hari paling tegang di Tebing Barat yang diduduki dan Semenanjung Gaza sejak beberapa bulan lepas.

Tentera Israel melepaskan bedilan ke aras remaja Palestin itu selepas beliau membaling bom buatan sendiri ke aras mereka, dakwa tentera Israel.

Pada awal Jumaat lepas, seorang anak damit berusia 18 bulan terbunuh di dalam sebuah rumah yang terbakar di Kampung Duma Tebing Barat berhampiran Nablus yang dipercayai dibakar oleh kumpulan penyerang Yahudi. Kedua-dua ibu bapa anak damit itu serta adik beradiknya yang lain kini dalam keadaan kritikal di hospital Israel, kata para pegawai perubatan.

Pada hari yang sama di Semenanjung Gaza, tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin berhampiran pagar sempadan di bahagian utara wilayah pantai, kata pegawai-pegawai perubatan Palestin.

ARTIKEL YANG SAMA