Seorang lagi warga Palestin kecundang

Seorang lagi warga Palestin kecundang

BAITULMAQDIS, 3 Julai (AFP) – Anggota tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin di tebing Barat hari ini selepas mangsa membaling batu ke arah mereka, menurut sumber-sumber perubatan Palestin dan pasukan keselamatan.

Mohammad Kosba, 17, terkorban akibat dua butir peluru yang menembusi badannya selepas membaling batu ke arah sebuah kenderaan tentera Israel berhampiran pusat pemeriksaan Qalandia, di selatan Ramallah, kata sumber tersebut.

Jurucakap tentera Israel berkata anggota tentera melepaskan tembakan selepas kenderaan mereka mengalami kerosakan.

“Tentera mengarahkan suspek supaya berhenti dan melepaskan tembakan amaran ke udara. Sebaik sahaja mangsa terus membaling batu dari jarak dekat pasukan tentera terpaksa melepaskan tembakan,” jurucakap itu memberitahu AFP.

Beribu-ribu warga Palestin berhimpun pagi ini di pusat penyeberangan dari Tebing Barat, cuba untuk mengakses Baitulmaqdis bagi menunaikan solat Jumaat di Baitulmaqdis, menurut sumber-sumber keselamatan Palestin.Pembunuhan tersebut adalah yang terbaru dalam beberepa siri keganasan sejak bermulanya Ramadan.