Seorang lelaki ancam letup stesen TV Baltimore

Seorang lelaki ancam letup stesen TV Baltimore

WASHINGTON, 29 April – Seorang lelaki yang mengancam untuk meletupkan stesen Baltimore Fox 45 pada petang semalam telah ditembak oleh polis dan dibawa ke penjara bagi penahanan, lapor rangkaian TV AS tempatan.

Lelaki itu memakai kostum panda dan topeng pembedahan, dan telah ditembak sekurang-kurangnya tiga kali di hadapan kamera apabila dia meninggalkan stesen TV itu dan berarak ke arah polis. Dia berada dalam keadaan serius tetapi stabil, kata jurucakap polis Baltimore T. J. Smith.

Suspek, seorang lelaki berusia 25 tahun yang berasal dari luar bandar Baltimore, telah ditembak oleh tiga anggota polis selepas dia enggan mengeluarkan tangannya dari saku, Smith memberitahu NBC News.

Sebuah robot bom kemudian memeriksanya selama hampir satu jam dan mendapati bom palsu pada tubuhnya yang mana adalah bar coklat gula-gula yang dibungkus dengan kerajang aluminium, menurut Smith.

Terdahulu, pekerja-pekerja stesen televisyen itu telah dipindahkan selepas suspek itu membakar kereta di tempat letak kereta, yang memasuki ruang lobi dan berikrar untuk meletupkan bom. – Xinhua

Seorang lelaki memakai kostum haiwan penuh ‘panda’ dan topeng pembedahan terlihat berjalan keluar dari stesen TV di Baltimore, Khamis lalu. – AP
Seorang lelaki memakai kostum haiwan penuh ‘panda’ dan topeng pembedahan terlihat berjalan keluar dari stesen TV di Baltimore, Khamis lalu. – AP