Seorang lelaki tempatan dibebaskan

Seorang lelaki tempatan dibebaskan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160801_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Seorang lelaki tempatan dibebaskan oleh Mahkamah Perantaraan, semalam, daripada pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada abangnya.

Hakim Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memutuskan untuk menggugurkan dakwaan ke atas Mohammad Al Zahhid bin Abdullah, 20, sebaik melihat defendan yang berada di dalam ‘kandang bersalah’ kelihatan menyesal dengan tindakannya itu namun memberi amaran kepadanya untuk menjaga tingkah lakunya pada masa akan datang.

Mohammad Al Zahhid memberitahu mahkamah bahawa dia bukanlah seorang yang ‘ganas’ dan tindakannya itu disebabkan oleh perselisihan faham.

Terdahulu, abang tertuduh iaitu Mohammad Al Baab bin Abdullah hadir untuk menarik balik laporan yang dibuat terhadap adiknya itu.

Mohammad Al Zahhid yang tidak bekerja sebelum ini berdepan dakwaan menyebabkan kecederaan kepada abangnya dengan menikamnya menggunakan pisau pada 15 Julai 2016 antara jam 4 hingga 5 petang di sebuah rumah di Jalan Ban 3A, Mulaut.

ARTIKEL YANG SAMA