Seorang maut,...

Seorang maut, 10 cedera bangunan runtuh di utara Ukraine

KIEV, 5 Jan – Seorang maut dan 10 yang lain mengalami kecederaan pelbagai tahap selepas sebuah bangunan kediaman runtuh petang kelmarin di utara Ukraine, kata pihak berkuasa hari ini.

Bangunan sepuluh tingkat runtuh pada kira-kira 20:41 waktu tempatan (GMT 18:41) di bandar Sumy berikutan dengan letupan di sebuah apartmen di tingkat tujuh, Perkhidmatan Kecemasan Negeri berkata dalam satu kenyataan.

Seorang wanita berusia 65 tahun terbunuh dalam letupan itu, dua orang mengalami kecederaan yang serius dan dimasukkan ke hospital, manakala lapan yang lain yang melarikan diri dari kemalangan itu mengalami kecederaan ringan, kata kenyataan itu. Punca awal letupan adalah dipercayai berpunca daripada kebocoran gas. – Xinhua