Seorang maut, 14 cedera nahas kereta bertindih

Seorang maut, 14 cedera nahas kereta bertindih

DUSSELDORF, 25 Dis (dpa) – Seorang terbunuh dan 14 cedera dalam kemalangan lebuh raya semasa meraikan Hari Krismas berhampiran Cologne di negeri North-Rhine Westfalia barat Jerman, lapor polis hari ini.

Kemalangan itu meragut nyawa seorang wanita berusia 51 tahun, mengakibatkan yang lain mengalami cedera ringan dan menghambat lalu lintas di lebuh raya A4 selama sembilan jam.

Menurut polis Cologne, nahas itu berlaku pada jam 7 malam (1800 GMT) apabila remaja berusia 22 tahun hilang kawalan kenderaannya dan melanggar pengadang jalan sebelum tergelincir ke laluan bertentangan.

Saksi mengatakan lampu kenderaan berkenaan terpadam akibat kemalangan, mengakibatkan kenderaan yang datang dari arah bertentangan yang tidak melihatnya, berlanggar bertimpa-timpa sekitar tujuh buah kenderaan.