Seorang maut, 4 cedera letupan di Belgium

Seorang maut, 4 cedera letupan di Belgium

CHIMAY, Belgium, 26 Ogos – Seorang maut dan sekurang-kurangnya empat cedera dalam kejadian letupan di sebuah pusat sukan berhampiran sempadan Perancis di Belgium.

Ketua Polis Chimay, Pierre Maton berkata awal hari ini bahawa letupan itu berkemungkinan besar berpunca daripada ‘letupan gas’ tetapi siasatan terhadap punca letupan itu masih dijalankan.

Letupan di bandar Chimay, 120 kilometer (75 batu) selatan ibu Brussels, berlaku selepas tengah malam waktu tempatan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA