Seorang maut, 8 cedera, kereta api tergelincir

Seorang maut, 8 cedera, kereta api tergelincir

SEOUL, 22 April – Sebuah kereta api penumpang Korea Selatan yang mengambil lencongan melengkung di landasan pada kelajuan tiga kali ganda daripada yang disarankan telah tergelincir hari ini, membunuh seorang jurutera dan mencederakan lapan orang, menurut pegawai landasan dan polis.

Menurut operator landasan kereta api kebangsaan, KORAIL, lokomotif dan empat daripada tujuh gerabak kereta api itu terkeluar daripada landasan berhampiran stesen Yulchon, kira-kira 330 kilometer selatan Seoul.

Kereta api itu membawa 27 orang, termasuk dua jurutera lokomotif, seorang daripadanya terkorban dalam kemalangan.

Agensi berita Yonhap memetik polis sebagai berkata bahawa kereta api itu sedang melalui lencongan sekitar 127 kilometer sejam (kmsj), apabila ia seharusnya bergerak kurang daripada 50 kmsj.

Jurutera kedua dilaporkan dalam keadaan yang serius, sementara tujuh yang lain mengalami kecederaan ringan. – AFP

Pekerja (KORAIL) memeriksa kereta api Mugunghwa yang tergelincir di Yeosu, Korea Selatan, Kelmarin. – Xinhua
Pekerja (KORAIL) memeriksa kereta api Mugunghwa yang tergelincir di Yeosu, Korea Selatan, Kelmarin. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA