Seorang maut dalam insiden tembakan Texas

Seorang maut dalam insiden tembakan Texas

WASHINGTON, 31 Julai – Kira-kira seorang terbunuh dan empat lagi cedera dalam satu penembakan di Austin, Texas awal hari ini, dengan polis memberi amaran bahawa penembaknya masih lagi dicari.

Insiden yang bermula sejurus selepas 2:15 pagi (0715 GMT) di sebuah kawasan perbandaran sibuk dipenuhi dengan bar-bar dan kelab malam, dengan polis memberi amaran orang awam dalam Twitter untuk mengosongkan kawasan itu disebabkan ‘penembakan aktif’.

“Insiden penembak aktif berlaku di kawasan perbandaran itu, ramai menjadi mangsa. Jauhi kawasan perbandaran,” tweet polis Austin.

Seorang wanita telah terbunuh dan tiga lagi dikejarkan ke hospital tempatan dengan luka tembakan, lata Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Wilayah Austin-Travis.

Mangsa kelima, seorang lelaki, enggan menerima rawatan, kata ATCEMS.

Polis kemudian mengesahkan insiden kedua, penembakan berasingan di kawasan itu, sejurus selepas beberapa minit kemudian, walaupun hanya lelaki bersenjata yang cedera.

Polis di seluruh negara, dan terutamanya di Texas, masih lagi berjaga-jaga selepas berlakunya beberapa insiden penembakan, termasuk satu di Dallas pada 7 Julai yang menyaksikan lima pegawai ditembak mati oleh pelampau kulit hitam ketika mereka melindungi perarakan aman ke atas kekejaman polis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA