Seorang maut dalam serangan pisau di Jerman

Seorang maut dalam serangan pisau di Jerman

MUNICH, Jerman, 10 Mei (AFP) – Seorang lelaki membunuh seorang awam dan mencederakan tiga yang lain dalam satu serangan pisau di stesen kereta api Jerman hari ini yang pendakwa raya katakan “sesuatu yang bermotifkan Islam.”

Polis berkata lelaki itu telah mengelar empat lelaki pada kira-kira jam 5 pagi di stesen itu di bandar timur Grafing, Munich.

Seorang jurucakap bagi pejabat pendakwa raya kemudian berkata seorang lelaki telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya dalam serangan itu.

Dia berkata penyerang berusia 27 tahun itu membuat kenyataan pada tempat kejadian jenayah itu yang menunjukkan motif politik, nampaknya satu motif Islamis,” kata jurucakap itu.

“Kami masih menentukan apa kenyataan sebenarnya.”

Tempat berlakunya kejadian serangan itu. – AP
Tempat berlakunya kejadian serangan itu. – AP

Media tempatan melaporkan bahawa beberapa sakti berkata, lelaki itu melaungkan ‘Allahu akbar” ketika serangan itu.

Jurucakap polis berkata “satu latar belakang politik tidak boleh diketepikan,” menambah bahawa lelaki yang ditahan itu “tidak begitu bekerjasama”.

Bagaimanapun, tiada lagi bukti menyatakan bahawa lelaki itu mempunyai satu motif keislaman, seorang jurucakap bagi menteri dalam negeri Bavaria berkata.

“Setakat ini kami tiada bukti bagi motif Islam, namun penyiasatan diteruskan,” ujar jurucakap Oliver Platzer, selepas perkhidmatan pendakwa raya sebelumnya menyebut “nampaknya motif Islam”.

“Kami telah mendapati lelaki itu punyai masalah psikologi dan dadah,” Platzer memberitahu AFP.