Seorang maut gempa bumi Argentina

Seorang maut gempa bumi Argentina

BUENOS AIRES, 18 Okt – Gempa bumi dengan magnitud 5.9 melanda barat laut Argentina semalam, Balai Serap Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan mencederakan beberapa lagi serta merosakkan beberapa buah rumah, menurut media tempatan.

“Setakat ini seorang wanita terkorban dan beberapa lagi cedera dan sedang dirawat di hospital tempatan,” kata Ernesto Flores, Setiausaha dengan pihak berkuasa pertahanan awam Salta, menurut agensi berita Telam.

Seorang doktor di sebuah hospital di El Galpon memberitahu kepada agensi berita DyN bahawa lima orang yang mengalami kecederaan ringan sedang dirawat di sana.

Kira-kira 15 hingga 20 rumah musnah di El Galpon, menurut seorang jurugambar yang bekerjasama dengan Reuters. USGS, yang asalnya mengukur gempa bumi itu pada magnitud 6.0, berkata ia berlaku 131 km (81 batu) dari tenggara Salta. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA