Seorang maut, lelaki bersenjata pecah masuk rumah persaraan

Seorang maut, lelaki bersenjata pecah masuk rumah persaraan

MONTFERRIER-SUR-LEZ, Perancis, 25 Nov – Seorang lelaki bersenjata menikam mati seorang wanita selepas memecah masuk ke sebuah rumah persaraan bagi mubaligh di selatan Perancis semalam mencetuskan pemburuan, dimana negara itu masih dalam bayangan dengan serangan kumpulan berani mati.

Lelaki yang memakai topeng dan bersenjata senapang patah yang dipotong dan pisau, mengikat dan membunuh wanita yang bekerja di rumah persaraan di kampung Montferrier-sur-Lez berhampiran Montpellier, kata pendakwa.

Lebih daripada 70 lelaki dan wanita yang pernah berkhidmat sebagai mubaligh di Afrika tinggal di rumah itu.

Polis bersenjata gagal mencari suspek di seluruh bangunan dan percaya lelaki itu sudah melarikan diri, kata sumber yang rapat dengan operasi polis. dan operasi polis secara besar-besaran sedang dijalankan bagi mencari penyerang yang tidak dikenali itu.

Anggota bomba dan kereta ambulan berada di kawasan kejadian di kampung Montferrier-sur-Lez, selatan Perancis, kelmarin. – AP
Anggota bomba dan kereta ambulan berada di kawasan kejadian di kampung Montferrier-sur-Lez, selatan Perancis, kelmarin. – AP

Sebuah helikopter dilihat terbang di atas kawasan itu, meninjau kawasan itu dengan alat pemerhati gergasi.

Setakat ini penyiasat tiada bukti untuk mengaitkan serangan itu dengan keganasan memandangkan Perancis masih isytiharkan darurat berikutan rentetan kekejaman militan, termasuk pembunuhan seorang paderi Katolik Julai lalu.

Lelaki itu tidak diketahui oleh pihak berkuasa. Penghuni rumah tersebut adalah “sangat tua dengan purata berusia 75 hingga lebih daripada 90 tahun,” kata Alain Berthet, ahli majlis tempatan di Montferrier-sur-Lez. Ramai penduduk di rumah tersebut memerlukan bantuan untuk berjalan, katanya. – AFP