Seorang maut nahas di Jerudong

Seorang maut nahas di Jerudong

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Seorang anggota tentera terkorban manakala dua rakannya cedera apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di lebuh raya Jalan Jerudong petang ini.

Mangsa yang berusia 28 tahun berada di tempat duduk belakang ketika kejadian.

Kereta tersebut yang dipandu rakan mangsa dikatakan terbabas akibat tayar belakangnya pecah.

Pemandu dan penumpang depan, masing-masing berusia antara 23 dan 24 tahun mengalami cedera ringan.

Gambar WhatsApp menunjukkan keadaan kereta yang terbabas di lebuh raya Jerudong dan meragut satu nyawa.
Gambar WhatsApp menunjukkan keadaan kereta yang terbabas di lebuh raya Jerudong dan meragut satu nyawa.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi berkata, Balai Polis Sengkurong telah menerima panggilan kecemasan 993 kira-kira jam 3.50 petang mengenai kemalangan sebuah kereta di Jerudong, di kawasan jalan susur menuju ke Pantai Jerudong.

Katanya, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu.

Berita dan gambar mengenai insiden tersebut pantas tersebar menerusi media-media sosial.