Seorang maut pengeboman kereta di Turki

Seorang maut pengeboman kereta di Turki

DIYARBAKIR, Turki, 12 April (AFP) – Sebuah bom kereta meletup di sebuah pos tentera di tenggara Turki, membunuh seorang askar dan mencederakan hampir 50 orang, menurut sumber tentera hari ini.

Pihak berkuasa Turki menyalahkan parti yang diharamkan iaitu Parti Pekerja Kurdistan (PKK). Ia disasarkan ke sebuah pos tentera di daerah Hani, wilayah Diyarbakir dan mencederakan 47 orang, termasuk lapan orang awam, tambah sumber itu.

Pasukan keselamatan melancarkan gerakan mencari berikutan pengeboman tersebut. Turki telah melancarkan serangan terhadap PKK selepas kejatuhan pada 2015 dalam gencatan senjata dua tahun dengan kumpulan yang telah menjadi duri selama tiga dekad.

Konflik terbaharu juga telah melanda di tengah-tengah negara itu, dengan dua serangan yang membunuh berpuluh-puluh jiwa di ibu negara Ankara yang dituntut oleh pemberontak Kurdish.

Sebuah kumpulan pecahan radikal PKK, Kurdistan Freedom Falcons (TAK), mendakwa bertanggungjawab bagi dua serangan bom kereta berani mati di Ankara pada 17 Februari dan 13 Mac.

Lebih 40,000 orang telah terbunuh sejak PKK mengangkat senjata pada tahun 1984 yang menuntut tanah air mereka bagi minoriti terbesar Turki. Sejak itu, kumpulan tersebut memberi tumpuan kepada hak-hak budaya dan ukuran autonomi.

ARTIKEL YANG SAMA