Seorang maut pergaduhan dalam penjara

Seorang maut pergaduhan dalam penjara

MANILA, Filipina, 28 Sept – Sehingga lapan orang tahanan bertelagah di penjara kebangsaan Filipina hari ini, yang mengakibatkan ketua kumpulan dadah berketurunan cina yang dikenali terbunuh dan empat orang lagi tahanan cedera, menurut para pegawai.

Keadaan kelam kabut itu berlaku di tengah penyiasatan kongres ke atas dagangan dadah dalam penjara itu.

Setiausaha Keadilan Vitaliano Aguirre II berkata rusuhan meletus hari ini selepas seorang tahanan menegur tiga orang pesalah dadah berketurunan cina yang mengambil methamphetamine. Dia mengenal pasti si mati sebagai Tony Co. Menurutnya Co dan dua orang lagi pesalah berketurunan Cina yang tercedera adalah antara peniaga dadah terbesar di negara itu.

Juga tercedera ialah Jaybee Sebastian, ketua penjara yang dikehendaki oleh para pegawai untuk memberi keterangan dalam penyiasatan kongres ke atas Senator Leila de Lima.

De Lima, bekas setiausaha keadilan, berkata Sebastian adalah pemberi maklumat yang telah memberikan maklumat kepada jabatannya yang membawa kepada serbuan ke atas penjara itu pada tahun 2014. – AP